COMPETITORS
CALENDAR
NOTICE BOARD
PHOTO GALLERY
VIDEO CLIPS
RESULTS
MRC ROUND 1
MRC ROUND 2
MRC ROUND 3
MRC ROUND 4
CHAMPIONSHIP POINTS
 
PRESS RELEASE
CONTACT US
HOME

 

PRESS RELEASE


Antara yang Bertanding

Pusingan pertama MRC telah menarik sebanyak 23 pasukan. Ternyata satu permulaan yang baik untuk kejuraan MRC tahun ini. Disamping penampilan peserta baru, kejuaraan kali ini turut menyaksikan kemunculan peserta lama untuk memeriahkan lagi acara kali ini. Berikut senarai 5 peserta dan kereta yang bakal di pandu mereka.

Karamjit Singh (Proton Gen2 4wd)
Setelah 5 tahun memandu kereta 2wd dalam kejohanan MRC, beliau kembali memandu kereta 4wd berkuasa turbo. Kereta Proton Gen 2 4wd yang dibelinya dari pasukkan Felda Rally team ternyata bukan calang2 kereta. Dengan kehebatan corak pemanduan Karamjit Singh, beliau sudah tentu akan menjadi tarikan peminat rally di Perlis hujung minggu ini. Beliau bakal di kemudi oleh juruarah dari India bernama Musa Sharif.


Sutan Mustaffa Salihin ¨C Proton Satria
Merupakan antara Orang lama dalam MRC yang membuat comeback setelah berehat panjang dari kejohanan MRC. Seorang pemandu Profesional yang active di litar sepang, beliau adalah seorang yang telah membawa dirinya dari ¡®nothing ke something¡¯ dalam dunia sukan bermotor. Mempunyai kemampuan yang luar biasa bila memandu diatas permukaan yang licin. Ini memberikan kelebihan untuknya di Perlis yang dijangkan hujan lebat sepanjang hari pertandingnan.

Mohd Shazmie Ilias (Mitsubishi Lancer Evo 6)
Juara keseluruhan 4wd tahun lepas bakal beraksi semula tahun ini dengan azam untuk mempertahankan kejuaraanya. Walaubagaimanapun Sazly tidak memandu kereta ini tahun ini sebaliknya adiknya Mohd Shazmie Ilias akan mengambil alih tugas memandu. Mohd Shazmie tidak asing dalam MRC dan pernah banyak kali menyertai MRC. Tahun lepas beliau muncul juara keseluruhan 2wd pada pusingan kedua di Pahang. Ini merupakan penampilan pertama Mohd Shazmie memandu kereta 4wd.


Roduwan Rashid (Subaru Impreza)

Penampilan Roduwan atau lebih mesra dipanggil Chepot oleh rakan-rakan MRC, beliau adalah team principle pasukan DWau One Motorsports BDRT yang membariskan 6 buah kereta untuk kejuaraan tahun ini. Berpengalaman luas dalam acara rali tanah air, Cepot bakal memberi saingan hebat kepada peserta-peserta lain.

Magendran Arunasalam (Honda Integra)
Membuat penampilan semula setelah beberapa tahun berehat. Nama Magen cukup dikenali oleh rakan-rakan MRC. Keperibadiannya yang cukup ramah dan sentiasa membantu rakan2 cukup di senangi oleh semua. Namun semua itu berubah bila stereng di tangannya. Cukup laju di setiap pusingan MRC. Namun nasib kurang menyebelahinya kerana ada aje halnya untuk menghabiskan satu rali. Beliau memilih juruarah yang diimport dari Jepun, Osamu Yoda bagi memastikan penampilannya kali ini sampai ke garisan penamat.

 


 
© WHEEL SPORT MANAGEMENT SDN BHD. All Rights Reserved.

 

--